entry ini adalah update kepada entry yg sebelum ini. Hidup jangan hanya menunggu keadaan selesa
Suatu perkara yg adalakanya menjadi penghalang kepada sesuatu tindakan atau perubahan yang hendak diambil ialah “menunggu keadaan selesa”
Maksud menunggu keadaan selesa ini adalah umum..pelbagai perkara boleh ditafsirkan mengenainya..
Apa yg ingin saya sampaikan ialah bilamana kita perlu untuk melakukan sesuatu @ perubahan @ keazaman baru dalam hidup kita, kita mestilah melakukannya walaupun sedikit bermula dari detik azam itu dibuat..
Allah berfirman dalam surat QS. Ar-Ra’du (13):11
“Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya”
Ayat ini sudah makruf dikalangan kita. Ianya dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawasanya hanya kitalah yang mampu sepenuhnya mengubah diri kita atau menguasai diri kita.. Allah akan memberi balasan atas setiap usaha yang kita lakukan.
Suatu kekuatan @ kelebihan yang ade dalam diri seorang insan secara normal adalah perkara yang datang @ diperolehi setelah berusaha mendidik dan melatih diri kearah perkara tersebut.
Renungkan situasi dibawah :
1) Seorang pembahas tidak akan menjadi hebat jika dia tidak berlatih untuk berdebat dengan bijak dan fasih.
2) Pencipta rekod olahraga dunia tidak akan mampu berlari laju dan lama jika tidak menjalani latihan harian.
3) Cendekiawan tidak akan menjadi bijak jika masa mudanya @ masa sebelumnya menjadi cendekiawan tidak digunakan untuk menuntut ilmu.
4) Hafiz Al-Quran tidak akan mampu menghafal al-quran jika dia tidak berusaha menghafal Al-Quran.
Disini suka untuk saya tekankan kepada anda untuk memahami hubungan antara 2 perkataan ini :
“Sebab & Akibat”
Sesuatu perkara takkan berlaku jika tidak wujudnya penyebab. Hal ini kerana ianya telah menjadi lumrah dunia dan lumrah kehidupan. Sesuatu perkara yang berlaku sentiasa ada sandarannya.
Berbalik kepada tajuk penulisan ini, saya hendak mengingatkan anda tentang suatu realiti yang biasa terjadi dan biasa dilakukan oleh kita sendiri.
“Berazam & Menangguh-nangguh”
Saya tahu, banyak dari kalangan kita yang sedar akan kelemahan diri dan terus mengambil iktibar dengan membuat azam baru. Namun begitu, malangnya ialah apabila keazaman itu ditangguhkan hanya disebabkan wujudnya situasi yang mana saya boleh istilahkan sebagai “Keadaan Tidak Selesa”.
Untuk memahami istilah ini, sila fahami contoh dibawah :
Kamil ingin menjadi seorang yg murah tangan & suka bersedekah..tapi pada ketika itu dia tak mempunyai duit yg banyak untuk bersedekah..Jadi, dia pun tak bersedekah dengan alasan duit tak banyak..
Perkara ini berlanjutan hinggalah beberapa bulan..pada ketika itu, keadaan kamil masih jua seperti sebelumnya iaitu takde duit bnyak..
Dalam konteks ini, kamil sebenarnya menyempitkan konsep bersedekah..Dia sepatutnya bersedekah walaupun sedikit..Mungkin bukan RM10 @ RM20 setiap kali bersedekah, tapi cukup la dengan RM1 @ RM0.50 @ RM0.20 setiap kali bersedekah..Bayangkan jika amalan ini berterusan, sudah tentu banyak yg telah disedekahkan walaupun setiap kali sedekah nilainya sedikit..Yang penting niatnya utk bersedakah itu dilaksanakan dengan ikhlas.
Jika dia berterusan berbuat demikian, secara tidak langsung dia telah berjaya mendidik dirinya untuk berubah menjadi org yg murah tangan & suka bersedekah. Dalam ertikata lain, dia juga telah berjaya melaksanakan azamnya iaitu ingin menjadi “Orang yg murah tangan & suka bersedekah”
Namun begitu dia gagal berbuat demikian kerana alasan “duit tak banyak”.. Dalam erti kata lain, keadaan tak selesa untuk bersedekah..
Kes lain yang juga seringkali berlaku ialah berhenti daripada tabiat @ amalan baik.
Contohnya begini :
Amin ingin membuat satu perubahan baru dan kekal dalam hidupnya. Dia berazam untuk membaca 2 muka surat Al-Quran setiap kali lepas solat. Jadi, dia pun mulalah melaksanakan azam tersebut hingga berlanjutan beberapa hari..
Pada suatu hari Amin berasa malas nak baca Al-Quran lepas solat..so, dia pun tak baca..sedar tak sedar, hari itu terus berlalu..hanya disebabkan mengikut “malas”, dia tak membaca Al-Quran pada hari itu..Esoknya dia masih rasa malas nak baca Al-Quran, dan trus layan kemalasannya..
Pada suatu ketika selepas daripada hari-hari itu, dia tersedar yg dia telah berhenti daripada melaksanakan azam baru yg telah menjadi amalan hariannya sebelum ini..
Jadi, dia pun bermula lagi untuk membaca Al-Quran selepas solat.. Walaupun tersedar dari kesilapannya, Amin masih be rasa rugi pada hari-harinya yg lepas yg mana dia tak membaca Al-Quran pada hari-hari tersebut. Banyak mukasurat Al-Quran yg dia mungkin telah baca jika dia tidak berhenti beberapa hari yg lepas..
Nasib baik cuma beberapa hari, bagaimana jika berlanjutan selama beberapa minggu atau beberapa bulan?…. fikir-fikirlah sendiri..
Sebab itulah dalam agama islam itu sendiri telah mengajarkan suatu perkara yang cukup istimewa iaitu :
“Istiqamah”
Bagi melaksanakan suatu azam @ perubahan dalam hidup, kita kenalah Istimah (bersungguh-sungguh dan berterusan)..Jangan hanya melaksanakan sesuatu hanya bila keadaan kita selesa..Bila keadaan tak selesa, terus diabaikan perkara tersebut..
Jika kita menghadapi keadaan yg tidak selesa (cthnya malas), jangan diturutkan seratus peratus..cuba lawan dan kekalkan posisi asal kita..Contohnya dalam kes Amin kat atas, walaupu dia rasa malas nak baca Al-Quran, tak semestinya dia harus meninggalkan amalan tersebut..Sepatutnya dia meneruskan amalan tersebut walaupun cuma membaca separuh daripada muka surat Al-Quran..yg penting amalan itu tetap diamalkan dan dilaksanakan..Barulah perubahan yg ingin dilakukan keatas diri akan menjadi kekal..
Saya ingin bertanya, tahukah anda bila kah masanya anda akan berasa selesa??
Anda mungkin tahu dan mungkin juga tidak tahu bilakah masanya anda akan berasa selesa. Hidup sebagai manusia di dunia fana ini, kita seringkali dikejutkan dengan keadaan yg mengganggu situasi asal kita yg mana situasi tersebut bukanlah apa yg kita harapkan..
Jadi, situasi tidak selesa itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja..Jangan jadikannya suatu alasan untuk kita tidak melakukan sesuatu yg kita sewajarnya lakukan..
Point penting kat sini, jika kita tahu bahawa kita perlu untuk berubah @ melakukan sesuatu tugas, kita sepatutnya melaksanakannya walaupun sedikit.. Bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama menjadi bukit”..
Sekurang-kurangnya masih ade hasil dengan melakukan sesuatu daripada tidak melakukannya..
“Lebih baik ada daripada tiada”
Khas buat pembaca-pembaca yang saya kasihi, buatlah perubahan dalam kehidupan anda untuk menjadi seseorang yang lebih baik kerana orang yang benar-benar rugi adalah orang yang mana hari-hari baru dalam kehidupannya sentiasa @ selalu lebih buruk daripada hari-hari sebelumnya.
Jadi, pastikan setiap hari baru anda lebih baik daripada hari-hari semalam dan ingat!
“Jadikan setiap detik dan saat dalam kehidupan anda adalah detik yang bersemangat!”
InsyaAllah, kejayaan bersama kalian semua..
Sebagai renungan, sabda Rasulullah S.A.W :
“Hiduplah di dunia ini seolah olah kau seorang asing atau musafir kelana dan anggaplah dirimu sebagai penghuni kubur” (H.R Al-Baihaqy)
Renung-renungkan & fikir-fikirkan.. Selamat beramal.. Wassalam..
Falsafah, Pemikiran & Motivasi |
Uncategorized |
02 10th, 2010 |
2 Comments »